Wednesday, August 20, 2008

KELEMBUTAN BUKAN KELEMAHAN

~~* KELEMBUTAN BUKAN KELEMAHAN *~~

Siapalah aku untuk menasihatkan dirimu "wahai wanita akhir zaman" kerana aku jua sepertimu, memiliki rasa yang sama dan fitrah semula jadi yang sama. Lemah lembutnya kita bukanlah diskriminasi PENCIPTA namun inilah tanda kasih sayangNYA terhadap kita.


Namun dalam kelembutan ada kekuatan yang tidak mampu ditandingi kaum gagah Adam.


Allah titipkan hati yang rapuh kepada kita, lalu dikuatkannya dengan peringatanNYA dari Kitabullah yang tiada tandingan, iaitu Al-Qur'an. Lemahnya kita kerana tidak mampu ke medan jihad namun digantikan tempat yang tinggi buat kita kerana dari rahim-rahim wanita solehahlah lahirnya mujahid-mujahid dakwah perjuang agama yang Haq...

Benarlah kata pepatah "Tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan seluruh isi dunia" Diperkemaskan lagi dengan hadith Nabi SAW : Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya : "siapakah yang paling berhak untuk aku berbakti?" jawab baginda : "Ibumu!" tanya lelaki itu lagi : "kemudian siapa?" jawab baginda : "Ibumu!" tanya lelaki itu: "kemudian siapa?"jawab baginda : "Ibumu!"tanya lelaki itu lagi: "kemudian siapa? "jawab baginda : "kemudian bapamu!"
(HR.
Bukhari)

Namun tanpa kita sedari, golongan kitalah yang paling ramai di dalam neraka. Inilah yang membuatkan terpanggilnya aku untuk berkongsi apa yang telah ku baca... aku sendiri resah seandainya akulah salah seorang calon penghuni Neraka.... kerana bukan mudah untuk kita menjadi seorang Serikandi Cinta Allah tika kemodenan penuh kepalsuan duniawi...


"Mampukah kita menjadi Serikandi Cinta Allah hari ini?" persoalan demi persoalan semua jawapannya ada pada kita, berdasarkan panduan yang di tinggalkan oleh junjungan Besar kita Rasulullah SAW iaitu Al-Qur'an dan As-sunnah.


Siapalah kita untuk mengharap syurga Allah, namun sanggupkah kita menerima azab NerakaNya???....

Setiap mukminin pastinya menyimpan hasrat yang besar ini memiliki manisnya nikmat Syurga Allah, kerana inilah fitrah insani.



Rasulullah SAW telah menjelaskan tentang perkara ini dengan sabdanya :
"Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah Fuqara (orang miskin) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.
"
(HR.
Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain dari keduanya)

Tetapi mengapa ????...
jika di cartakan pastinya jaguh penjara ataupun pusat serenti adalah lelaki, pembunuh, perogol dan lain-lain begitu sinonim dengan mereka. Adakah hukum Allah tidak adil???...
diskriminasikah undang-undang dunia????....


tepat sekali sepertimana yang di tegaskan oleh ulama :
"Manusia menghukumi secara zahir tetapi Allah menghakimi perkara yang tersembunyi.
"

Ditegaskan lagi dengan hadith Rasulullah SAW :
Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.
"
(Hadis Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik)


Lihatlah, betapa mudahnya seorang wanita untuk memasuki syurga Allah berbanding lelaki, sedangkan wanitalah golongan minoriti di Syurga kelak. Janji Allah itu pasti dan benar.


Dari Imran bin Husain dia berkata Nabi SAW bersabda :
"Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita".(HR.
Muslim dan Ahmad)

Maka menjadi kewajipan bagi kita untuk mengenal siapakah yang bakal menghuni neraka dan apakah ciri-ciri mereka supaya virus pemusnah ini tidak tercalit dalam diri kita. Berusahalah untuk menyuntik vaksin Al-Qur'an dan As-Sunnah agar dapat menyedut nyamannya Kasih Allah, masih belum terlewat bagi kita memperbaiki diri selagi nyawa belum sampai ke halqum, sedarlah akan peringatan ayat-ayat Allah mengenai neraka dan azab yang tersedia didalamnya.


Firman Allah :
"Hai orang-orang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,penjaganya malaikat -malaikat yang kasar ,yang keras,yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.
"
(At-Tahrim ayat :6)

Dalam hadith lainnya, Rasulullah SAW menegaskan tentang sintom-sintom wanita penghuni neraka.

Sabda Rasulullah SAW :
"Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka ini telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan bonggol Unta. Mereka ini tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya syurga walhal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian".

(HR.
Bukhari)

Wahai saudariku , hindarilah sintom-sintom ini, semoga Allah menyelamatkan kita dari neraka, jangan gentar menjadi wanita.

Adunkan diri kita dengan hiasan wanita solehah, yang digambarkan oleh baginda junjungan :
"Dunia adalah perhiasan yang mempesonakan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah".


Ketahuilah wahai saudariku, jalan menuju syurga itu tidak dihiasi dengan kuntuman bunga, sebaliknya ditaburi dengan ranjau duri yang amat dasyat untuk diselami manusia...
sedangkan jalan ke neraka ditaburi kesenangan dan keindahan palsunya duniawi. Namun dihujungnya pasti ada ganjaran yang akan kau perolehi hasil membeli mahar tertinggi memiliki nikmat syurga yang abadi...


Rasulullah SAW pernah mengingatkan satu amalan yang dapat menyelamatkan kaum wanita dari azab neraka, ketika baginda selesai khutbah hari raya yang terkandung didalamnya perintah untuk bertaqwa kepada Allah S.W.T dan anjuran untuk mentaatiNya.



Bagindapun bangkit mendatangi kaum wanita,l antas menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda :
"Bersedekahlah kalian!... kerana kebanyakan kalian adalah kayu bakar jahanam!" maka berdirilah seorang wanita yang duduk diantara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, iapun bertanya: "Mengapa demikian, wahai Rasulullah?... Baginda menjawab :
"kerana kalian banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!..."
(HR.
Bukhari)

Wahai saudariku, moga kita sama-sama dapat mengislah diri agar kita bukanlah calon isi neraka, sebaiknya cubalah membayar tingginya mahar SyurgaNya. Memang bukan mudah untuk menjadi Serikandi Cinta Allah di akhir zaman, namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil....
Moga ada lagi pewaris Aisyah.... Fatimah di akhir zaman ini....
peringatan ini jua buat diriku yang selalu tersilap dalam percaturan kehidupan duniawi yang penuh kepalsuan....

"KEPADA SI MAWAR IDAMAN,
KU DOAKAN KAU MEKAR DITAMAN...
DI AKARI RASA BERTUHAN,
DIHIASI HARUMAN AKHLAK DAN IMAN....
KERANA ITULAH UKURAN JELITANYA
SEORANG WANITA"

WALLAHU A'LAM....

No comments: