Segala puji hanya padaMU YA ALLAH....
Lantaran telah KAU jadikan aku seorang perempuan,
yang KAU ciptakan, dari tulang rusuk kiri Adam dengan seindah-indah kejadian....
Akulah si tulang bengkok....
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan....
Mengatasi panjangnya akal fikiran....
Namun biarlah kejadianku memberi arti....
Bengkok yang bermunafaat...
Kiranya aku menjadi seorang isteri....
Kurniakanlah aku kekuatan, yang membolehkan aku
Menjadi tulang belakang seorang suami....
pengembang perjuangan di sayap kiri....
Diadun dengan kelembutan yang melayakkan aku
Menjadi teman setia, penyejuk mata,
pembina semangat, penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah....
Sumber ketenangan jiwa Baginda Rasulullah saw utusanMU....
Beban jiwa dari belenggu perasaan yang memiliki nafsu sembilan
Merdeka dari kepentingan peribadi....
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suami Saidina Ali....
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya.."bilakan pulangnya....
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat bersulamkan kemesraan....
Rumahtangga adalah syurga, tempat suburnya cinta kerana redhaMU....
akal yang tunggal, tidak dibiarkan begitu saja....
Namun, "siapalah aku untuk memiliki watak wanita solehah...
Kerana berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati"
Maka kurniakanlah aku sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami tidak akan mungkin dapatku miliki...
Biarpun telah ku jilat nanah dan darahnya....
Biarpun telah ku tadahkan wajahku untuk mengusap debu ditelapak kakinya....
Dan sememangnya aku mengimpikan....
Watak seorang ibu, yang bakal melahirkan,
Putera puteri yang soleh dan solehah....
Sehingga kelak sanggup berjuang demi Ad-DinMU,
Sanggup menggadai dunia demi kasihMU....
Dan untuk membulatkan kecintaanku padaMU YA ALLAH....
Redhailah hambaMU yang dhaif ini....
Moga sembilan NAFSU yang sentiasa bersama, menjadi penyejuk jiwa dengan AKAL yang satu
Amin Ya Rabbal Alamin....
Wednesday, August 20, 2008
AKU SI TULANG BENGKOK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment