"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang
direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari
keluar umpama cacing kepanasan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa
dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah
Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus
Al-Quran.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,
sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat
Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail
a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil
a.s.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment