Wednesday, August 20, 2008

Asal Usul Api di Dunia

Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini.Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan malaikat Jibril as mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as. Maka Jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat panjaga neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai zabaniah, aku diperintahkan untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu?

Jibril : sebesar kurma..

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma..

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada satu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu di hantar ke dunia.

Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Makan Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai.

Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas sebuah bukit yang tinggi. Sejurus setelah diletakkan api tersebut, tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair. Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.

PENGAJARAN

Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukkan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dengan api neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

No comments: