Monday, September 8, 2008


DENGARKANLAH PESANAN UNTUKMU, WAHAI MUSLIMAH….

Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri…
Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga,
Yang tetap indah tetapi sayang tidak berduri,

Apabila tiada duri,
Tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga,
Daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang…
Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya…

Duri mawar itulah ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'…
Dengan pagaran duri itu,
Kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya…
Menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang
Hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya…

Andai cermin itu adalah bayangan wajah,
Maka AKHLAK itu adalah bayangan peribadi,
Pengetahuan itu adalah bayangan ilmu,
Dan TAQWA pula adalah bayangan IMAN…
Jangan berputus asa dalam mencari Ilmu,
Bila Ilmu yang dicari itu tidak mahu masuk ke dalam sanubari,

Bersabarlah…
Kerana air yang lembut itu apabila menitis keatas sebiji batu yang besar secara berterusan,batu itu pasti akan mempunyai lekuk.

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,
Sahabat sejati menjadi pendorong impian,
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah…

Akal itu menteri yang menasihati,
Hati itu raja yang menentukan,
Harta itu umapama tetamu yang akan berangkat,
Kesenangan itu satu masa akan ditinggalkan…

No comments: