Monday, September 15, 2008


It is all about heart...

errmmm...
quite out of writing here lately...
i'm quite bz...
bz??
is that right??
hahaha..
just joke..
bz with lepaking at forum hahaha...
my final project still like that...
oh god..
i'm so tension every time i think bout it...
i really have no intention to continued it...
i really...
i dont know what to say..
the things that i'm sure i'm still not yet recovered from a broken heart...
the broken heart from all the side of my life...
i need to rest my life for a few moment but i can't...
everyday i pray to forgot about him..
everything about him...
but i cant...
i cant do that because everytime i tried to forgot him, more strong this feeling for him...
i saw his body, his face, his eyes, mouth, nose, hand in other words everything of him inside my eyes..
i cannot remove him from my imagination..
from heart..
i dont know why...

last thursday (11 september 2008) was a history day for me when i frankly to admit my feeling to him..
oh god..
only god knows my feelings that time...
x malu..
but i dont know what to say...
i should be embarrassed to him because admit my feelings..
but i'm not...
in fact, i'm happy i've told him my feelings...
oh god i really love him..
but i know, he doesn't love me..
i tried to do everything to forget him but i cant...
he seems surprised with my sms..
and text me a message but i dont reply it...
it is hard to reply it because i know,after that he will not reply it...
maybe the things that i can do now to see his happy with his lover...
although its hurt my, but i can't do anything to get him..
his lover come earlier than me..
and i just know him after he declare with his lover...
oh god, Ur test is so hard for me...
it makes me sick...
although physically i'm great but mentally i'm critically ill ...
and i dont know the antidote of my illness..
the things that i'm sure my antidote will never wanted to restore me...
ok just things like this, if he comes to me than his heart same as me because inside his heart there are someone that he loves with wholeheartedly...
and i'm lost to that person...
really i'm lost...
i've tried to get him by told him bout my feelings but what i saw now, i'm lost...
i cannot blame the fate that make late meet him...
maybe i'm not his taste...

Friday, September 12, 2008


LemBaRAn hIdUp SeOrAnG wAnItA sOlEhAh...=)

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah

Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....

UnTuKmU GaDiS...

Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.


Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...


Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI

Monday, September 8, 2008


DENGARKANLAH PESANAN UNTUKMU, WAHAI MUSLIMAH….

Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri…
Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga,
Yang tetap indah tetapi sayang tidak berduri,

Apabila tiada duri,
Tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga,
Daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang…
Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya…

Duri mawar itulah ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'…
Dengan pagaran duri itu,
Kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya…
Menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang
Hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya…

Andai cermin itu adalah bayangan wajah,
Maka AKHLAK itu adalah bayangan peribadi,
Pengetahuan itu adalah bayangan ilmu,
Dan TAQWA pula adalah bayangan IMAN…
Jangan berputus asa dalam mencari Ilmu,
Bila Ilmu yang dicari itu tidak mahu masuk ke dalam sanubari,

Bersabarlah…
Kerana air yang lembut itu apabila menitis keatas sebiji batu yang besar secara berterusan,batu itu pasti akan mempunyai lekuk.

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,
Sahabat sejati menjadi pendorong impian,
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah…

Akal itu menteri yang menasihati,
Hati itu raja yang menentukan,
Harta itu umapama tetamu yang akan berangkat,
Kesenangan itu satu masa akan ditinggalkan…

Pesanan buat hawa…

Hawa…
Andai engkau
belum berkahwin
jangan kau risau jodohmu,

Ingatlah hawa…
janji Tuhan kita,
wanita yang baik
adalah untuk lelaki yang baik.

Jangan dimulakan sebuah pertemuan
dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir
dari mata jatuh ke hati,

Maka lahirnya senyuman
maka tercetusnya salam
dan sekaligus disusuli pertemuan
takut lahirnya nafsu kejahatan
yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita
melalui keseksiannnya,
Lelaki yang warak tidak menilai wanita
melalui keayuannya,kemajaannya,
serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.

Tetapi lelaki yang baik…
akan menilai wanita
melalui akhlaknya, peribadinya
dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga…
tidak menginginkan pertemuan
dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut
memberi kesempatan kepada syaitan
untuk mengodanya.

Lelaki yang warak juga…
tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat
dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita
yakni sebuah perkahwinan.,,

Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu ,
kuatkan pendirianmu.

Andai ditakdirkan
tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah
memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,

Biarlah hanya cinta daripada kedua ibubapamu
yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik
serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..

Cintailah Allah
di kala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi cinta
daripada insan yang juga menyintai Allah.

Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu
kerana kau tak akan jumpa cinta
yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali
tangan yang mengoncang dunia
juga yang mengoncang iman lelaki!!

Sunday, September 7, 2008


Allah Suruh Bertudung

Beberapa kali membaca terjemahan ayat 59 dari surah al-Ahzab, tidak ada yang samar atau meragukan. Bunyinya begitu lunak dan berhikmah sekali, kerana perintah itu disandarkan atas Nabi s.a.w terlebih dahulu, walaupun sasarannya memang untuk orang beriman sekaliannya. Cukup kuat untuk dipegang sebagai hukum; perintah suruh, bukan galakan atau sekadar anjuran kerana ia tidak disertakan dengan perkiraan tolak-ansur – kalau rasa boleh buat, buatlah. Kalau rasa tidak boleh, tidak payah. Kalau takut diganggu, pakailah. Kalau rasa tidak diganggu, tidak payah pakai. Samalah dengan perintah puasa umpamanya –
“…mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa.” (al-Baqarah:183)

Kalau tidak mendapat taqwa? Tidak perlulah berpuasa? Atau kalau sudah mendapat taqwa…tidak payah berpuasa lagi? Bukan begitu. Jadilah seorang Islam yang benar-benar boleh memberi manfaat kepada orang Islam yang lain. Suatu masa dahulu ada satu golongan manusia yang suka sangat dengan tabiat putar belit iaitu, kaum Bani Israil. Banyak sungguh dalihnya. Sehinggakan perihal seekor lembu pun hendak dipersoaljawabkan (surah al-Baqarah). Akhirnya terpaksalah bersusah payah menjelajah dari desa ke pekan, dari pekan ke hutan untuk mencari lembu yang dimaksudkan. Padahal, jika mereka menerima perintah dengan taat dan lapang hati, semuanya akan menjadi mudah. Tetapi sikap yang berdolak-dalih dengan niat kononnya apabila mereka meminta keterangan lebih khusus berkenaan lembu yang ingin disembelih, pasti tidak ada lembu seperti dimaksudkan. Maka terlepaslah mereka daripada perintah itu. Namun, muslihat kaum Bani Israil itu tidak berhasil. Allah lebih tahu isi hati mereka. Lalu diberitahulah ciri-ciri lembu terpilih yang mesti mereka cari. Asalnya kerja yang mudah, bertukar menjadi payah lagi menyukarkan. Siapa yang rugi? Mereka dan keluarga mereka. Dalam surah al-Ahzab ayat 59, Allah SubhanAllah Wa Taala berpesan kepada Nabi s.a.w,

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri engkau, kepada anak-anak engkau yang perempuan dan kepada sekalian wanita dari kaum Muslimin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab atas diri mereka. Demikianlah supaya lebih mudah orang mengenal mereka, maka tidak disakiti (diganggu) orang akan mereka.”

Mengikut terjemahan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, perkataan ‘jalaabiibihinna’ diterjemah sebagai “…pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa keluar)…”. Tetapi jika merujuk kepada maknanya lebih khusus, berasal dari perkataan ‘jilbab’. Menurut Kamus Dewan, jilbab bererti pakaian longgar termasuk kerudung ataupun tudung yang memenuhi keperluan menutup aurat wanita, selain muka dan tapak tangan. Ini membawa makna, memakai tudung bukan perintah sunat yang boleh dibuat dan boleh tidak. Dikira tidak sah solat seorang wanita yang tidak memakai tudung, biarpun dia mengenakan jubah yang labuh meleret ke tanah. Nabi s.a.w menegaskan,
“Allah tidak akan menerima solat wanita yang telah berusia baligh kecuali dengan memakai tutup kepala.” (riwayat Abi Daud, Tarmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari Sofiyah binti Harith dari Aisyah r.ha)

Di dalam kitab ‘Muhimmah Pada Ilmu Hadis Nabi s.a.w’ karangan Syeikh Abdullah bin Abdur Rahim Fathani yang membicarakan tentang kewajipan serta tanggungjawab seorang isteri, ada menyatakan, “Dan jikalau derhakanya dengan sebab keluar rumah maka dipandang oleh lelaki yang lain akan rambutnya nescaya digunting rambut kepalanya di dalam api neraka. Demikianlah berbagai-bagai seksaan kerana berbagai-bagai derhakanya.” Pada baris berikutnya diselitkan secebis anekdot Nabi bercerita kepada Saiyidina Ali k.w dan Saiyiditina Fatimah r.ha tentang pengalaman Rasulullah s.a.w pada malam baginda dimikrajkan. Nabi s.a.w melihat wanita-wanita daripada kalangan umat baginda sedang diseksa dengan seksaan yang amat dahsyat. Ada yang digantung dengan lidahnya dengan dituangkan api neraka ke dalam mulutnya. Ada yang digantung dengan rambutnya sehingga mendidih otak di kepala. Ada yang digantung dengan buah susunya dan disumbatkan buah zakum ke dalam mulutnya. Ada yang digantung dalam keadaan dia memakan daging dirinya sendiri, manakala di bawahnya pula dinyalakan api. Bermacam-macam lagi bentuk seksaan dipertontonkan kepada Nabi s.a.w. Satu daripada bentuk seksaan yang dipertontonkan ialah perempuan yang digantung rambutnya hingga mendidih otak di kepala. Dosa apakah gerangan yang diseksa sedemikian rupa? Dinyatakan dalam kitab yang sama, merujuk kepada jawapan Nabi s.a.w,
“…Adapun perempuan yang tergantung dengan rambutnya itu maka bahawa sesungguhnya ia tidak mahu menutup rambutnya daripada lelaki lain yang haram memandang dia.”

Jika ditakdirkan lahir usaha-usaha jahat cuba membatalkan peraturan yang telah Allah wartakan ini, ia menjadi ujian bagi mereka yang benar-benar percaya dan yakin. Dengan ujian sebegitu, mudah-mudahan keyakinan bertambah kuat. Sudah menjadi resam hidup, apabila ada cabaran akan bangkitlah semangat untuk membela dan mempertahankan. Andai kata, ada suara-suara sumbang mempersoalkan perintah ini, kita menerimanya secara positif dan hati terbuka. Keimanan dan keyakinan kita terhadap peraturan Allah sedang diuji dan dicabar. Kedengaran juga ada yang mengatakan bertudung adalah budaya Arab kuno. Islam turun di Tanah Arab. Kalaulah ditakdirkan Allah, Islam turun di Asia Tenggara atau turun di China atau turun di Eropah, persepsi terhadap tudung tentu lain pula. Suruhan ini diletakkan di bawah bab berpakaian, bab yang penting kerana pakaian boleh melambangkan agama. Umpamanya seorang lelaki yang membotakkan kepala dan mengenakan lilitan kain (pakaian) kuning seluruh tubuhnya pergi dari rumah ke rumah dengan membawa sebuah bekas meminta makanan. Apa pendapat kita terhadap lelaki itu? Beranikah kita mengatakan dia seorang Islam jika kita terserempak. Apakah reaksi spontan kita terhadap lelaki itu? Tidak kecil peranan pakaian dalam kehidupan. Ada yang mengatakan bertudung sudah menjadi trend banyak agama di dunia, lantaran orang Yahudi dan Kristian juga bertudung. Tetapi kita memakai tudung kerana mematuhi perintah Allah. Beroleh pahala juga rahmat-Nya jika dilakukan dengan hati yang ikhlas.......... renungan

Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan

* Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dgn tidak memakai bahan2 luaran tetapi menjaga emosi, fizikan dan mental.

* Gunakan masa utk perkara yg berfaedah & tentukan wawasan secara objektif, jgn banyak angan-angan.

* Tidur awal

* Menjaga suara, latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tdk sengau atau terlalu kuat

* Menjaga cara berkata2.

* Biasakan menggunakan perkataan yg melambangkan keluhuran budi seperti ' tolong' serta 'minta maaf'.

* Jgn gunakan perkataan yg terlalu emosi seperti 'bosan' sakit hati' ' menyampah' benci' dsbgnya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam

* Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa di jaga, Makanan yg berupa ulam2 yg wangi serta sayuran & buah-buahan segar patut dimakan.

* Gunakan sabun yang tdk merosakkan kulit.

* Menjaga muka, tangan perlu sentiasa bersih dan lembut,

* Jgn gunakan bedak yg bukan2, Selalu menggunakan bedak sejuk utk menjaga kulit muka,

* Jgn banyak berangan.

* Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis, bersihkan rambut tp jgn terlalu kerap. bila bersikat, ulangi sikatan keseluruh bahagian kepala (kalau buleh 100 kali) utk menjadikan rambut subur dan berkilat. ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

* Menjaga cara berjalan. Latin cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu hayun. Langkah jgn terlalu besar.

* Berjalan jangan terlalu laju, badan jgn terlalu membongkok atau tegak.

* Leher jgn terteleng (senget sebelah) maka elok ditundukkan sedikit.

* Menjaga gerak geri. Bila duduk diatas lantai duduklah dgn cara bersimpuh. Kalau duduk diatas kerusi eloklah sila panggung. Jgn mengangkang. Tangan jgn terlalu digerakkan bila bercakap. cara bergerak biarlah lemah lembut.

* Menjaga senyum. Latihlah senyum jgn tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tp utk tujuan baik.

* Menjaga mata. Mata jangan terlalu liar memandang hanya kepada apa yg sedang anda hadapi. Jgn terlalu kerap mengerdip mata. usah terlalu kerap mengerling walaupun kepada buah hati anda.

* Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

* Menjaga sikap. Taat beragama, jgn berbohong. Jauhi dari merungut.

* Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati org lain

Friday, September 5, 2008


Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi ubinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bioleh diketahui ulas isinya dari bahagian tampuknya.

Thursday, September 4, 2008


DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH...

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh : Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar : Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran : Surah Al Anbiyaa - Ayat 69 dan Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air dan spray keliling rumah

khasiat Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan
bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Wednesday, September 3, 2008

ya ampun..
what has happen to me...
how come I didn't realize my printer is out of ink..
what should I do for my another 2 assignment??..
where should I print it?
oh god...
I dont know what have I do..
I'm blank...
please somebody help me buying my ink...

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.


Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan
kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis diwaktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi:
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu sama ada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.


Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu.

Sekadar berkongsi...

Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.

> Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu.
Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

> Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih ..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.

> Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada
di hadapan kamu, Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

>Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini
hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

> Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar-benar bahagia.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi,"Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?".Jawab titis air mata kedua tu,"Saya air mata seorang lelaki
yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

>Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi
meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang
sanggup menyinari anda walau diamana sahaja anda berada.

> Ulasan: Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.


Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yang bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yang kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)

> Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

>Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar-benar menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano.
pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

>Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma
membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda
selamanya..."

>Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

> Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan.

Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

>Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda ayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas.

Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan
sepenuh hatinya.

>Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

>Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam
hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta...... Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda
mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar;bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban
dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai

Tuesday, September 2, 2008


RAHSIA AYAT PENGASIH NABI YUSUF

Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 yang berbunyi:

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"

Bermaksud:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39

"Wa-alqaytu 'alayka mahabbatan minnii walitushna'a'laa 'ainii"

Bermaksud:
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)

Caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/ suami, bacalah kedua ayat ini. Utk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dgn hanya membaca di dalam hati.
Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W.


1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.

Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.



2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.



3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.



4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.



5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.



7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur.



8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."



9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.



10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

sekadar nasihat....


Cecahkan dahimu ke sejadah..
Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan
TUTUPLAH AURATmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah , Selawat dan doa
justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa
Sucikanlan dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Ingatlah yang kekal ialah AMAL
Menjadi bekal sepanjang jalan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna HARTA, daN PANGKAT

Monday, September 1, 2008

Akhirnya...


akhirnya..
inila jawapan yang I nanti2kan selama ni..
walaupun ianya mengecewakan tapi nak buat macam mana kan...
dia x reply mesej I...
nak kata dia x online,dia ada..
tapi dia x reply mesej I..
that means memang dia xnak go on friendship dengan I lagi...
xpe la..
nasib hati I ni da terubat da...
alhamdulillah...
dia bukan yang terbaik untuk I...
I tau mesti ada someone yang lagi baik dari dia yang Allah swt anugerahkan untuk I...
I sepatutnya bersyukur sebab kalau I teruskan dengan dia maksudnya dia bukan terbaik untuk I...
insyaallah sekarang ni waktu untuk I lupakan dia dan menerima kenyataan dia bukan untuk I...
alhamdulillah I da boleh tersenyum dengar lagu yang buat I nangis bila ingatkan dia...
syukur ya Allah...
pulihkan semangat dan perasaan ku...

Akhirnya...


VIRGO - The Perfectionist
Dominant in relationships.. Conservative. Always wants the last word. Argumentative.Worries. Very smart. Dislikes noise and chaos. Eager. Hardworking. Loyal.Beautiful. Easy to talk to. Hard to please. Ha rsh. Practical and veryfussy. Often shy. Pessimistic.

SCORPIO - The Intense One
Very energetic. Intelligent. Can be jealous and/or possessive. Hardworking. Great kisser. Can become obsessive or secretive. Holds grudges. Attractive. Determined. Loves being in long relationships. Talkative. Romantic. Can be self-centeredat times. Passionate and Emotional.

LIBRA - The Harmonizer
Nice to everyone they meet. Can't make up their mind. Have own unique appeal.Creative, energetic, and very social. Hates to be alone. Peaceful, generous.Very loving and beautiful. Flirtatious. Give in too easily. Procrastinators. Very gullible.

ARIES - The Daredevil
Energetic. Adventurous and spontaneous. Confident and enthusiastic. Fun.Loves a challenge... EXTREMELY impatient. Sometimes selfish. Short fuse.(Easily angered.) Lively, passionate, and sharp wit. Outgoing. Lose interestquickly - easily bored. Egotistical. Courageous and assertive. Tends to be physical and athletic.

AQUARIUS - The Sweetheart
Optimistic and honest. Sweet personality. Very independent. Inventive andintelligent. Friendly and loyal. Can seem unemotional. Can be a bit rebellious. Verystubborn, but original and unique Attractive on the inside and out. Eccentric personality.

GEMINI - The Chatterbox
Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to expressthemselves. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy,sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent,but is only changeable. Beautiful physically and mentally.

LEO - The Boss
Very organized. Need order in their lives - like being in control. Like boundaries. Tend to take over everything. Bossy. Like to help others. Social and outgoing. Extroverted. Generous, warm-hearted. Sensitive. Creative energy. Full of themselves. Loving. D oing the right thing is important to Leos. Attractive.

CANCER - The Protector
Moody, emotional. May be shy. Very loving and caring. Pretty/handsome. Excellent partners for life. Protective. Inventive and imaginative. Cautious. Touchy-feely kind of person. Needs love from others. Easily hurt, but sympathetic.

PISCES - The Dreamer
Generous, kind, and thoughtful. Very creative and imaginative. May become secretive and vague. Sensitive. Don't like details Dreamy and unrealistic. Sympathetic and loving. Kind. Unselfish. Good kisser. Beautiful.

CAPRICORN - The Go-Getter
Patient and wise. Practical and rigid. Ambitious. Tends to be good-looking. Humorous and funny. Can be a bit shy and reserved. Often pessimists. Capricorns tendto act before they think and can be unfriendly y at times. Hold grudges. Likecompetition. Get what they want.

TAURUS - The Enduring One
Charming but aggressive. Can come off as boring, but they are not. Hard workers. Warm-hearted. Strong, has endurance. Solid beings who are stable and secure in their ways. Not looking for shortcuts. Take pride in their beauty. Patient and reliable. Make great friends and give good advice. Loving and kind. Loves hard - passionate. Express themselves emotionally. Prone to ferocious temper-tantrums. Determined. Indulge themselves often. Very generous.

SAGITTARIUS - The Happy-Go-Lucky One
Good-natured optimist. Doesn't want to grow up (Peter Pan Syndrome). Indulges self. Boastful. Likes luxuries and gambling. Social and outgoing. Doesn't like responsibilities. Often fantasizes. Impatient. Fun to be around. Having lots of friends. Flirtatious. Doesn't like rules. Sometimes hypocritical. Dislikes being confined - tight spaces or even tight clothes. Doesn't like being doubted. Beautiful inside and out.