Thursday, August 28, 2008

kalah lagi...


kenapa eh malam ni betul2 teringat dia ni...
sampai rasa berdebar lak ingatkan dia..
apa hal ni...
tolong la..
nak lupakan dia...
dia bukannya ingatkan I pun..
penat jer I ingat dia sepanjang masa..
dia bukannya pernah nak ingat I...
mesej I dia x reply..
dia pegi mana ni...
penat nya I tunggu dia...
rasanya dia xde apa2 kot...
napa la dia xnak reply mesej I ni...
tau la I ni bukan gadis idaman dia...
ntah napa la dengan I ni..
da tau dia x suka I,nak juga I terus suka dia..
terus ingatkan dia..
terus membina angan2 dengan dia...
sedarla..
cukup2la bermain dengan perasaan tuh...
dia xkan sedar I suka dia..
kalau la dia say something bout feelings kat message tuh,I akan katakan secara bergurau yang I sukakan dia..
biarla dengan nada bergurau sekalipun sekurang2 nya I tercakap benda tuh..
xde la I rasa seksa sangat macam sekarang ni...
tapi macam mana pula kalau dia x reply message I tu??
kalau dia x reply message I tu sampai bila2 macam mana??
ala...
I da x boleh nak berfikir da ni..
ye la I plan nak bagitau dia I sukakan dia walaupun secara bergurau..
at least I cakap...
so xde la I terseksa sangat macam ni..
ala please la..
reply message I la..
please...

"MUJAHIDAH DARI BUMI JIHAD"


Aku Wanita Mujahidah Sejati
Yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad
Bilakah kan datang seorang peminang menghampiriku mengajak tuk berjihad
Kelak ku akan pergi mendampinginya di bumi Jihad
Aku telah bersiap sedia dengan semua syarat yang diajukannya

Cinta Allah, Rasul dan Jihad Fisabilillah
Aku rela berkelana mengembara dengannya lindungi Dienullah
Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah
Tak mungkin ku pilih dirimu jika dunia lebih kau damba
Terlupa kampung halaman, sanak saudara bahkan harta yang terpendam
Hidup terasing asalkan di akhirat bahagia
Bila aku setuju dan kaupun tidak meragukanku
Bulat tekadku untuk menemanimu

Aku Wanita mujahidah pilihan
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad
Bilakah kan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh ketawadhu`an
Kelak bersamanya kuharungi bahtera lautan jihad
Andai tak siap bisa kau pilih
Agar kelak batin, jiwa dan ragamu tak terusik
Terbebani dengan segala kemanjaanku, kegundahanku,
kegelisahanku terlebih keluh kesahku
Sebab meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimu
Dan menanggalkan pakaian taqwaku kerana laranganmu
Tak mungkin aku memilihmu
Bila yang fana lebih kau cinta
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota
lazatnya makanan dan lajunya makar durjana
Meniti jalan panjang di medan jihad
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah serta debu yang beterbangan
Keringat luka dan kesyahidan pun terulang
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu
Teguhkan azamku untuk lupakan dirimu

Aku wanita dari bumi Jihad
Dengan sekeranjang semangat berangkat ke padang jihad
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan
Tepiskan semua mimpi yang tak bererti
Adakah yang siap mendamaikan hati?
Kerana tak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri
Tanpa peneguh langkah kaki dan pendamping perjuangan
Yang melepaskanku dengan sepotong doa
Meraih syahid adalah tujuan utama
Robbi.. Terdengar panggilanMu untuk meniti jalan redha-Mu
Ku harapkan pertolongan dari Mu... Menemani perjalanan ini

Wednesday, August 27, 2008


tadi jumpa blog best...
ni convert nama I juga ke bahasa jepun..
ntah la mana 1 yang betul ni...

Narumi Hiratasuka


Bau - Warkah

Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
Kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
Melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada

Ini la lirik yang buat I nangis buat masa ni...
kena sangat lirik dia dengan keadaan I sekarang ni...

Tuesday, August 26, 2008

WANITA SOLEHAH DAN GAMBAR


muslimah & gambar......plz sahabat...baca lah...
Body: MUSLIMAH & GAMBAR ~


Artikel/Cerpen and Peringatan..
(- dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~
dalam entri bertajuk Muslimah & Gambar -)



MUQADDIMAH


Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.



Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!


MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?


Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang.



Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?


Muslimahku,


Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.



Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur


"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.



"


Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.








Muslimahku,


Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.






Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….





Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat,
wajah anda terpampang besar di internet!


Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah.



Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!



PENYELESAIANNYA….






Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya.



Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?


Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.







Ingat, wajah anda, anugerah Allah.




Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...

Wallahu A'lam..


Wanita solehah,
Itulahlah Sebaik2 hiasan....

Selamat bermujahadah~


Dipetik daripada :
http://www.
iluvislam. com.../........

Bila engkau letih dan hilang rasa smangat, ALLAH tahu btapa kamu tlh mncuba sedaya upaya. bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH tlh mngira titisan air matamu. Bila engkau rasa ktinggalan dan masa mninggalkanmu, ALLAH sntiasa disisimu.. Bila egkau tlh mncuba sgala tp tak tahu tjuan, ALLAH ada jln pnyelesaian... Bila tiada yg beerti buatmu,kliru dan kecewa, ALLAH adlh jawapannya. "Islam dtg secara pelik, dn akn kembali secara pelik.. BEruntunglah org2 yg pelik.." Pegangilah prinsip ini.. Wahai rakan-rakan ku..

Assalamualaikum.. Kepada sahabat yang... Single/Solo/Kesepian....... Cinta layaknya seperti seekor rama-rama, semakin kalian mengejarnya, semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian. Biarkan 'rama-ramamu' terbang kemana saja ia suka, siapa tahu, bila ia lelah dan tidak sadar akan kewujudanmu, ia bakal mengibaskan sayapnya kearahmu, menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka. Mungkin saja 'rama-rama' yang kau kejar itu, bukan 'rama-rama' yang Allah peruntukkan buatmu.. Cinta bisa membuatmu bahagia, tapi most of the time, cinta itu sifatnya melukakan. Digenggam kau luka, dilepas kau hiba. Cinta cuma membahagiakan, bila ia dikembalikan pada Allah, dan dicurahkan pada yang berhak. Jangan terburu-buru, perlahankan rentakmu, semoga Allah mengetuk pintu hatimu dengan cinta yang tulus. Ameen ya Rabb........ Dan lagi.. siapa tahu, cinta itu tidak sampai-sampai kepadamu, kerana mungkin kau tidak mampu memikul beban cinta, itu petanda Allah sayangkan dirimu. mungkin saja Allah ingin mengelakkan kau terjerumus dari maksiat2 cinta yang banyak menyebabkan manusia dihumban kenerana Jahannam.. Naudzubillah...

Cantik seorang wanita...


Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik.
Cantik seorang wanita itu sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah.
Cantik seorang wanita itu sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam. Cantik seorang wanita itu sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan.
Cantik seorang wanita itu sebagai isteri merempuh badai di sisi suami.
Cantik seorang wanita itu sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar lamai.
Cantik seorang wanita itu sebagai ibu membuai anak di kala suami menjalin mimpi. Cantik seorang wanita itu sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua.
Cantik seorang wanita itu sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit.
Cantik seorang wanita itu sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara. Cantik seorang wanita itu sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf. Cantik seorang wanita itu sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi profesionalis.
Cantik seorang wanita itu sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

baca jap.....‏


99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN
01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan ;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08. Jangan usil dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan ;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur karena kezaliman;

14. Jangan goyah karena fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi
kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah
di masjid;

25. Biasakan shalat malam;

26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah
karena Allah;

33. Berlatihlah untuk banyak berfikir ;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah
maaf apabila karena sesuatu sebab tidak
dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Perbanyakkan silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Bicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan
tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;

56. Cintai keluarga Nabi saw;

57. Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar
bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak
bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak
berguna;

61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan
beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas
kejahatan dengan kejahatan lagi;

66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan
pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan
sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka
yang mendapatkan kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan
mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan
dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,
lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang
arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah
dilakukan;

80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong
karena kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk
agama,bangsa dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan
orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata
apa-apa;

85. Hargai kejayaan dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan
dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang
bersangkutan tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai
dengan norma-norma agama dan kemamapuan diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani
atau fikiran kita menjadi terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan
bijaksana;

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang
dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain
terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat
menyebabkan orang lain terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang
menyangkut teman kita sebelum dipastikan
kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan
kewajiban;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat)
dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang
diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan
tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan
kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan
kerosakan;

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan
jangan kaya dengan memiskinkan orang.

& Lastly

no. 100.
Tolong beritahu kepada rakan-rakan muslim lainnya yang anda kenal.
Allah's love is unconditional, today, tomorrow and always. May Allah bless you everyday.
Ameen

what that I expected from his message??..
oh god I'm scared to open his message..
macam mana ni??hati meronta2 mau tau tapi takut mo buka...
what the hell of me huh??
ntah sampai bila la dia tu nak hilang dari kepala ni...
lama lagi la rasanya..
tapi insyaallah nda lama tuh...
ni hujung bulan 8 sudah...
insyaallah hujung thn ni habis sudah then bertapa di Sabah dan bz dengan aktiviti sendiri so insyaallah akan lupakan dia...
but for sure,to open the message need a lot of spirit of me...
takut...

Monday, August 25, 2008


ARIES - The Liar
Outgoing. Lovable. Spontaneous. Not one to mess with. Funny. Excellent kisser EXTREMELY adorable. Loves relationships, Addictive. Loud.

TAURUS - The Tramp
Aggressive. Loves being in long relationships. Likes to give a good fight for what they want. Extremely outgoing. Loves to help people in times of need. Good kisser. Good personality. Stubborn. A caring person. One of a kind. Not one to mess with. Are the most attractive people on earth!

GEMINI - Irresistible
Nice Love is one of a kind. Great listeners Very Good in the you know where... Lover not a fighter, but will still knock you out. Trustworthy. Always happy. Loud. Talkative. Outgoing, VERY FORGIVING. Loves to make out. Has a beautiful smile. Generous. Strong. THE MOST IRRESISTIBLE.

CANCER - The Cutie
MOST AMAZING KISSER. Very high appeal. Love is one of a kind. Very romantic. Most caring person you will ever meet! Entirely creative. Extremely random and proud of it. Freak.
Spontaneous. Great telling stories. Not a Fighter, But will Knock your lights out if it comes down to it. Someone you should hold on to.

LEO - The Lion
Great talker. Attractive and passionate. Laid back. Knows how to have fun Is really good at almost anything. Great kisser. Unpredictable. Outgoing. Down to earth. Addictive. Attractive. Loud. Loves being in long relationships. Talkative. Not one to mess with. Rare to find. Good when found.

VIRGO - The One that Waits
Dominant in relationships. Someone loves them right now. Always wants the last word. Caring. Smart. Loud. Loyal. Easy to talk to. Everything you ever wanted. Easy to please. The one and only.

LIBRA - The Lovely One
Nice to everyone they meet. Their Love is one of a kind. Silly, fun and sweet. Have own unique appeal. Most caring person you will ever meet! However, not the kind of person you want to mess with... you might end up crying...

SCORPIO - The Addict
EXTREMELY adorable. Intelligent. Loves to joke. Very Good sense of humor. Energetic. Predict future. GREAT kisser. Always get what they want. Attractive. Easy going. Loves being in long relationships. Talkative. Romantic. Caring.

SAGITTARIUS - The Promiscuous One
Spontaneous. High appeal. Rare to find. Great when found. Loves being in long relationships. So much love to give. Not one to mess with. Very pretty. Very romantic. Nice to everyone they meet. Their Love is one of a kind. Silly, fun and sweet. Have own unique appeal. Most caring person you will ever meet! Amazing in the you know where..!!! Not the kind of person you want to mess with- you might end up crying.

CAPRICORN - The Passionate Lover
Love to bust. Nice. Sassy. Intelligent. Sexy. Predict future. Irresistible. Loves being in long relationships. Great talker. Always gets what he or she wants. Cool. Loves to own Gemini's in sports. Extremely fun. Loves to joke. Smart.

AQUARIUS - Does It In The Water
Trustworthy. Attractive. Great kisser. One of a kind. Loves being in long-term relationships. Extremely energetic. Unpredictable. Will exceed your expectations. Not a Fighter, But will Knock your lights out.

PISCES - The Partner for Life
Caring and kind. Smart. Center of attention. High appeal. Has the last word. Good to find, hard to keep. Fun to be around. Extremely weird but in a good way. Good Sense of Humor!!! Thoughtful. Always lets what he or she wants. Loves to joke. Very popular. Silly, fun and sweet, but usually crazy!

Another heart breaker...



dia mempengaruhi hidup I...
seriously...
I x pernah macam ni..
actually hari ni I da ok lepas I cakap dengan semua member yang agak rapat pasal perasaan I ni semalam...
so bila da bangun rasa ok jer,xde lagi rasa frust macam semalam...
even I buka fs gf dia pun ok jer x mcm semalam i rasa nak nangis masa buka..
hari ni I boleh senyum lg tgk fs gf dia tuh...
tapi lepas jer I dapat sms dari dia,terus I rasa lain...
I rasa frust kot...
I x sure perasaan I sekarang ni...
yang pasti I makan x selera...
well macam ni bermulanya...
tadi I pegi cafe nak beli makanan la,lapar giler dari pagi perut kosong x makan apa2 then jam da 3.30...
lepas lepak jap dengan member kelas tanya pasal kelas, I balik sebab da lapar sangat nak makan da rasa...
bila sampai jer bilik I terus cek fon maxis I kot2 la ada mesej dari sapa2...
I nampak mesej tu x suspect langsung dia, sebab bagi I dia x kan mesej atau call I lagi lepas hari tu...
I ingat member I yang kat cheras yang mesej sebab dia tu memang rajin nak mesej I..
sekali bila I buka I nampak mesej tu dari dia..
even I x save number dia I still ingat number dia...
tu la kelebihan I,bukan nak puji diri kdg2 rasa x best pun sebab I senang sangat nak ingat number org...
lepas jer baca mesej dia tu,I mula makan tapi rasa macam x sedap jer makan...
rasa pelik jer...
lepas berbalas sms a few times (sambil makan la) I langsung x selera nak makan...
sedangkan nasi tu sikit jer..
pun x larat nak habiskan...
besarnya PENGARUH dia dlm hidup I..
I stop makan macam tu jer sebab x selera nak makan...

Sunday, August 24, 2008

Mahalnya Syurga..




shauqah menulis "Abu Hurairah lah.a berkata. Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda:

Sesungguhnya orang pertama yang dihakimi pada hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Di datangkan kepada beliau segala amalannya seterusnya dia akan disoal:

Apakah yang telah kamu lakukan?
Jawabnya. Aku telah berperang keranamu Ya Allah sehingga aku mati syahid.

Di katakan kepadanya lagi: Kamu telah berbohong!. Malah kamu berperang supaya orang berkata kamu berani!, dan mereka telah pun mengatakan (di dunia),kemudian
diseret mukanya dan dicampakkan ke lubang neraka.

Kemudian didatangkan pula seorang penuntut dan penyampai ilmu (pendakwah) yang juga merupakan pembaca al-Quran.

Kemudian dihadapkan kepadanya segala amalan yang telah dilakukan di dunia, dan dia mengakuinya.

Justeru itu dia ditanya: Apakah yang telah kamu lakukan?
Jawabnya. Aku telah belajar dan mengajar ilmu. Aku juga membaca al-Quran, semuanya keranamu Ya Allah.

Kemudian Allah menjawab: Bohong!, bahkan kamu belajar supaya orang kata kamu ‘alim, dan kamu baca al-Quran supaya orang kata kamu seorang qari.
Mereka semua telahpun berkata demikian di dunia.

Setelah itu dia diseret dan dicampakkan ke dalam neraka.

Akhirnya dibawakan pula seorang yang dikurniakan harta benda serta kemewahan hidup di dunia, dan dia juga mengakui segala nikmat yang dikecapinya.

Kemudian dia disoal: Apakah yang kamu lakukan dengan harta benda tersebut?

Jawabnya. Aku tidak akan tinggalkan satu peluang bantuan yang engkau sukai Ya Allah sehingga aku akan keluarkan wang bantuan keranamu Wahai Tuhan.

Allah menjawab: Bohong!, tetapi kamu keluarkan bantuan tersebut supaya orang katakan kamu seorang yang pemurah. Mereka semua telahpun berkata demikian di
dunia.

Akhirnya dia juga diseret dan dihumbankan ke dalam api neraka.

Apabila Saidina Muawiyah lah.a. mendengar hadis ini, beliau menangis sehingga tidak sedarkan diri, apabila sedar beliau berkata:
Benarlah firman Allah swt dan sabda Rasul-Nya. Allah swt juga telah berfirman dalam surah Hud ayat 15-16. Mafhumnya: Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya kami akan berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna, tanpa apa-apa kerugian. Itulah orang-orang yang tidak beroleh sesuatu di hari akhirat melainkan api neraka yang marak menyala.
(Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasaai)

Peritnya kenyataan!!!...

ya allah...
macam mana la I boleh terfikir nak search pasal dia kat tenet tuh..
kan da frust...
padan muka I kan??..
tuh la tangan tu gatal lagi...
kan da dapat kenyataan yang memang mengguris hati I...
HE IS ALREADY IN A RELATIONSHIP...
perghh peritnya kenyataan ni...
lagi perit bila nampak gambar dia dengan gf dia...
macam ni la kot orang couple rasa bila break-up then ternampak gambar ex dorang with somebody...
setakat yang I rasa ni, it's nothing compare to couple cause they have a wonderful memories to remember compare me yang berminat dari jauh je ni...
walaupun minat dari jauh jer, peritnya da x tahan bila kenyataan yang pahit tu terpaksa di telan...
HE'S HAPPY WITH SOMEBODY and the somebody wasn't me...
I rasa nak balik Sabah jer sekarang ni...
I da x sanggup duduk sini dan berfikir pasal dia...
sekurang-kurangnya kat Sabah xde la I asyik fikir dia jer, ye la kat sana ramai member dan family around I so x terasa sangat la benda ni...
kat sini I xde sapa2...
so fikiran I tertumpu dengan dia jer...
sangat perit rasanya...
seolah2 I da x boleh nak berfikir waras pasal benda ni..
sedangkan I tau kalau dia bukan untuk I,I percaya there is somebody much better than him waiting for me whether dlm dunia ni atau kat akhirat nanti...
tapi I x boleh nak lekatkan benda ni dalam kepala I,I cuma boleh ingat dia jer...
masa dengan dia even x couple...
teringat dia..
gambar2 dia dengan gf dia...
oh god...
please...
I betul2 terseksa sekarang ni..
kenyataan ni terlalu perit untuk I lalui...
rasa macam x sanggup...
I rela sakit senggugut yang I rasa x sanggup nak lalui tu banding benda ni...
benda ni terlalu susah nak hilang..
lekat bagaikan di lekat dengan gam UHU...

Saturday, August 23, 2008

Frust...

Oh my god,frustnya rasa sekarang ni...
Am I in love with him??
waiting for his messages...
through the net or the fon..
but what is the result??
nothing...
so frust right now..
kecewa sangat2...
please say no that i'm in live with him...
i dont wanna know that i'm in love with him because i know bertepuk sebelah tangan xkan berbunyi...
how come i fall in love with him??..
i dont know what to say anymore...
macam mana la boleh terjatuh cinta dengan dia tu...
macam mana nak pulihkan perasaan ni??..
frust sangat2 rasanya....
kesian i...
terpaksa bertepuk sebelah tangan jer...
i tau kalau dia bukan jodoh i, insyaallah ada someone yang lebih ok untuk i dari dia...
tapi i x boleh nak lupakan dia...
penat tau nak tertunggu2 jer mesej dari dia..
sampai bila la i nak macam ni??
kalau boleh i nak bunuh perasaan tu sekarang ni juga...
sakit sangat...
rasa nak nangis tapi x mampu...
tu baru sekali je jumpa dia,belum berkali2...
ya Allah pelihara la hamba mu ini...
i x nak terjebak lagi dengan perasaan cinta ni semua...
i rela x de sapa2 dari bertepuk sebelah tangan ni...
yang lepas pun belum sembuh sepenuhnya ni kan pula nak bermula satu episod kekecewaan lagi...
i da x sanggup lalui semua ni...
asyik2 i jer yang bertepuk sebelah tangan..
penat tau nak bertepuk yang x berbunyi ni...
sampai bila la i da bertepuk x berbunyi ni...
i pun ada hati,nak bahagia,nak di sayangi..
ntah la mungkin sikap i juga...
ada orang nak,i x nak...
orang yang i nak,x nak i...
aduh...
susah juga macam ni....

Friday, August 22, 2008

Bagus ni....!!


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Warak bukan hanya pada pakaian..




SEWAKTU Nabi Daud memberikan pelajaran akhlak kepada muridnya, masuk seorang lelaki yang memakai jubah putih, menyebarkan aroma yang wangi.

Lelaki berjanggut itu datang sambil mengucapkan salam kepada Nabi Daud, tetapi beliau tidak menghiraukannya dan tidak juga menjawab salam orang itu.

Nabi Daud terus menyampaikan pelajaran kepada muridnya tanpa menoleh sedikit pun kepada orang itu. Lelaki itu segera menunaikan solat sebagaimana yang disyariatkan pada waktu itu. Dia melaksanakan sembahyangnya dalam waktu yang lama, dengan rukuk dan sujud yang panjang. Selesai sembahyang, orang itu berdoa dengan mengangkat kedua-dua tangannya dan dengan suara penuh harap sambil menangis.

Nabi Daud tetap meneruskan pengajarannya, tanpa memberi perhatian kepada lelaki itu untuk berkenalan. Dia juga tidak memberi kesempatan kepada muridnya untuk mengambil perhatian kepada orang itu.

Melihat keadaan demikian, muridnya kurang senang dengan sikap Nabi Daud. Mereka menganggap Nabi Daud tidak memberikan contoh baik dalam menghormati tamu.

Lelaki berdoa panjang dengan penuh tangisan selepas sembahyang. Dia kemudian keluar dari tempat peribadatan itu, selepas meminta diri dengan mengucapkan salam. Namun Nabi Daud tetap tidak menaruh hormat sedikit pun kepada orang itu.

Selepas Nabi Daud mengakhiri pelajarannya mengenai akhlak baik, seorang muridnya bertanya kepada beliau: “Wahai Nabi Allah, bolehkah saya bertanya? “Ya, silakan,” jawab Nabi Daud.

Murid itu berkata : “Bukankah Nabi mengajarkan kepada kami bagaimana cara untuk menghormati tamu?”

“Betul,” jawab Nabi Daud.

Murid itu berkata: “Tetapi mengapa engkau sebagai seorang guru tidak memberikan perhatian atau menghormati tamu yang datang pada waktu engkau sedang memberikan pelajaran?” Nabi Daud menjawab: “Aku tidak memberikan sedikit pun perhatian kepadanya kerana tamu itu tidak mempunyai akhlak baik.

“Ingatkah bagaimana caranya untuk memasuki majlis ketika guru mengajar. Mula-mula dia perlu melangkah dengan kaki kanan terlebih dulu sebagai tanda menghormati tempat ibadah ini. Kemudian dia sepatutnya tidak mengucapkan salam terlebih dulu , melainkan langsung duduk ikut mendengarkan pelajaran.”

Salah seorang murid mencelah : “Mungkin tetamu itu belum mengetahui tata cara memasuki suatu majlis pengajian seperti ini.”

Nabi Daud menjawab : “Tetapi jubah dan serbannya menunjukkan seolah-olah dia itu orang alim. Apakah layak jika memang dia itu orang yang alim, tidak mengetahui sopan santun dan tata cara memasuki tempat peribadatan dan majlis ilmu?

“Orang seperti itulah yang akan menjatuhkan agama kita. Ini kerana penampilannya tidak sesuai dengan sikapnya dalam menjalankan agama.”

Muridnya berkata lagi: “Tetapi kita melihat bahawa orang yang berjubah itu tadi melaksanakan sembahyang dengan lama sekali, bagaimana dengan itu?” Nabi Daud menjawab: “Itulah tanda kepalsuannya. Dia hanya ingin menunjukkan kesolehan kepada kita semua, pada hal dia sebenarnya bukan orang soleh. Dia melakukan sembahyang buat kita, bukan bagi Tuhan.”

Seorang muridnya bertanya: “Tetamu tadi juga berdoa dengan panjang sambil menangis, bukankah itu menunjukkan kealimannya.”

Nabi Daud menjawab: “Apakah doa yang panjang itu menjamin keikhlasan hatinya?

“Bukankah Tuhan lebih menyukai doa yang khusyuk dan penuh keyakinan kepada-Nya. Kalau dia ingin menangis, tidak selayaknya di depan kita.

“Menangislah dengan penuh kesedihan di depan Allah ketika sendirian dalam sembahyang malam pada waktu semua makhluk sedang tidur dengan lelap hingga mereka tidak melihat tangisan itu kecuali Tuhan.”

Seorang murid bertanya: “Bukankah wajahnya begitu bersih laksana wajah orang yang sangat ikhlas. Pakaiannya bersih serba putih melambangkan keikhlasan hatinya. Bukankah dia itu orang yang bertakwa.”

Nabi Daud menjawab: “Takwa itu tidak dilihat daripada rupa dan wajah seseorang, juga tidak dilihat daripada pakaian seseorang.

“Tuhan hanya melihat hati manusia dan menilai dari amal perbuatannya.

“Adakah amal perbuatan dan sikapnya sehari-hari sesuai dengan hukum syariat dan akhlak. Manusia itu tidak dihargai daripada kulitnya, melainkan dinilai daripada isi dan mutu kemanusiaannya yang diukur dengan pelaksanaannya terhadap hukum.

It's already late Q...



apa hal pula ni terbangun jam 2 lebih lepas mimpi dia??..
besar betul penangan dia dalam diri ni...
sampai terbawa2 ke mimpi then bila terbangun pastu x boleh tido lak..
apa ni...
pening kepala la macam ni...
kenapa jadi sampai macam ni??
ni baru 1st meeting la,and maybe there is no 2nd meeting between us..
napa boleh jadi macam ni lak ni??..
jangan la ingat dia tu sangat..
dia x ingat I pun...
napa nak ingat dia tu??
aduh..
please la tido...
jangan ingat dia jer...
ye dia comel but it's stop kat situ jer..
dont put ur feeling there Q..
enough already with all this things...
this is just to waste ur time k...
stop to thinking of him...
oh my god, I really can't help my self..
I cannot stop from thinking of him...
please...
I can't stand this situation anymore...
kalau boleh nak semua benda ni segera berlalu...
sebab tau, ni kat sebelah I jer,dia x macam ni pun..
ntah2 tgh lena tido tu..
ish geram betul la dengan diri I ni..
asal macam ni...
ya Allah, tolongla hamba mu ini...

Wahai hati



Dlm hati manusia terdapat kekuatan,
Tidak terurai melainkan dgn menerima kehendak ALLAH swt..

Dlam hati manusia terdapat keganasan,
tidak hilang kecuali berjinak dengan ALLAH swt..

Dalam hati terdapat kesedihan,
tidak hilang kecuali dengan seronok mengenal ALLAH swt dan baik muamalah denganNya..

Dalam hati terdapat kegelisahan,
tidak tenang @ damai kecuali berjumpa dgnNya & lari menujuNya..

Dalam hati terdapat api penyesalan,
tidak padan kecuali redha dengan suruhanNya, laranganNya, QadhaNya dan sentiasa sabar sehingga menemuiNya..

Dalam hati terdapat hajat,
tidak terbendung kecuali dengan Kecintaan kpd Nya, memohon kpdNya, sentiasa berzikir kkpdNya dan keikhlasankpdNya. Andai dunia & seisinya diberi, tidak akan dapat membendung hajat hati si insan ini..

moga insan itu adalah kita....

Oh god, what have i done in my life tonight??...
I just like kill me self by what has happen just now...
I feel i want to crying huahuahua..
The result is bad...
I want to forget everything that just happen in my life just now...
God please help me to guide me...
This is the terrible things that I've done in my life..
After this no more meeting between me and him..
Oh god how bad I'm...

10 petanda kematian yang baik




Setiap insan pasti akan menempuhi saat kematian.

Ini dijelaskan dalam al-Quran, maksudnya:

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya." (Yunus:49)

Dalam menanti saat-saat kematian, kadang-kadang Allah Ta'ala telah menunjukkan kepada hambaNya tanda-tanda yang baik dalam mengakhiri ajal- "Husnul Khatimah" bagi orang-orang yang beriman. Fuqoha' telah menggariskan beberapa tanda-tanda "Husnul Khatimah" yang ditunjukkan oleh Allah Ta'ala berdasarkan dalil-dalil syar'ie, antaranya:

* Mengucap kalimah syahadah ketika hampir mati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang akhir kalimatnya `Lailaha Illallah' nescaya masuk syurga."

* Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi. Satu hadis menceritakan bahawa sahabat Rasulullah iaitu Baridah bin Khasib r.a pernah mendengar Rasulullah bersabda ketika beliau melawat saudaranya sakit. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Mati orang yang beriman itu dengan percikan peluh di dahi."

* Mati di malam Jumat atau harinya, kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Tiada seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur."

* Mati syahid di medan perang, iaitu orang yang berjihad menegakkan agama Allah.

Mati kerana sakit taun, sakit perut, ditenggelami air atau ditimpa kemalangan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Orang yang mati syahid itu lima, orang yang mati sakit taun, mati sakit perut, mati ditenggelami air, mati ditimpa kemalangan dan mati syahid di medan perang jihad pada jalan Allah."

* Perempuan yang mati di dalam nifas dengan sebab melahirkan anak, orang yang mati terbakar, mati kerana sakit paru-paru dan sakit cirit- birit. Hal ini berkaitan dengan gambaran hadis rasulullah s.a.w yang bermakud:

"Orang yang terbunuh kerana berjuang di jalan Allah mati syahid, perempuan yang mati dalam nifas mati syahid, orang yang mati ditenggelami air mati syahid, orang yang mati kerana cirit-birit mati syahid dan orang yang mati sakit perut mati syahid."

* Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas, kerana dinyatakan oleh bebrapa hadis. Di antaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan hartanya (menurut satu riwayat yang lain, sesipa yang dicerobohi hartanya dengan cara yang tidak benar lalu ia menentangnya, lalu ia mati) maka dia mati syahid."

* Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa, di antara dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan hartanya ia mati syahid dan siapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan keluarganya ia mati syahid dan siapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan agamanya ia mati syahid dan siapa yang mati mempertahankan darahnya ia mati syahid."

* Mati kerana bertugas di dalam perjuangan Islam. Diantara dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Setiap yang mati ditamatkan amalannya kecuali orang yang mati bertugas di medan perjuangan pada jalan Allah, maka sesungguhnya amalan bertambah- tambah sehingga hari kiamat dan ia akan diamankan dari fitnah kubur."

* Mati kerana beramal soleh, yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah Allah seperti berpuasa, solat dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang berkata `Lailaha Illallah' kerana Allah lalu ia mengakhiri hayatnya dengannya nescaya ia masuk syurga, sesiapa yang berpuasa satu hari kerana Allah lalu ia mengakhiri hayatnya dengannya nescaya ia masuk syurga."

Demikian beberapa alamat Husnul Khatimah yang bakal menanti saat kematian manusia. Tanda Husnul Khatimah ini akan dikurniakan oleh Allah Ta'ala kepada sesiapa sahaja dikalangan hambaNya. Mudah-mudahan Allah Ta'ala mengurniakannya kepada kita, Amin

Doa untuk kekasih

Thursday, August 21, 2008



Istri yang kamu nikahi dalan hidupmu ini
Tidaklah semulia Khodijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun Tidaklah setabah Fatimah
Istrimu nanti hanyalah seorang wanita akhir zaman
Yang menemani perjuangan hidupmu
Yang punya cita – cita menjadi istri Sholeha

Suamimu yang akan menikahimu
Tidaklah semulia Muhammmad SAW
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidaklah setabah Ayub
Tak sebijaksana Abu Bakar
Tak segarang Umar
Tak setampan Ustman
Dan tak secerdas Ali

Suamimu hanyalah ikhwan akhir zaman
Yang akan menjadi pakaian hidupmu
Yang ingin membangun keturunan yang Sholeh
Yang bisa memberikan makan pada langit
Dengan kalimat …..LAA ILAAHA ILLALLAAH …

Ya ALLAH ……..
Teguhkanlah kami dalam mengarungi perjuagan hidup ini
Dalam menjalankan sunnah Rasul’ MU
Meniti hidup baru dengan ikatan …..
Yang Engkau muliakan dan hiasi limpahan rahmatMU…

Ayat Kursi


Renungan buat diri




=> KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi...<=

=> kesan daripada sifat-sifat takwa (hati yg takut pada Allah), seseorang itu tidak akan menganiayai sahabatnya sendiri dan mempersiakan amanah/kepercayaan yg diberi <=

“Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.” (Al-Hajj : 38)

=> Dalam menghadapi hari-hari sekarang,kadangkala kita di uji dengan 1001 ujian yang menuntut kecekalan dan ketabahan hati.Ujian yang diterima cukup untuk membuatkan kita patah semangat,hilang keyakinan diri,mudah berputus asa,terkeliru dari tujuan asal dan amat memeritkan hati dan perasaan <=

=> Tiada manusia yang sempurna dan terlepas dari kesilapan. Tetapi manusia itu punyai hati, perasaan insaf (conscience - sense of right and wrong) dan jalan ikhtiar untuk memperbaiki diri jika berlaku kezaliman. Orang mukmin menyelesaikan masalah atau konflik dengan akhlak yang mulia. Tiada keadilan apabila ‘habis madu sepah dibuang‘. Berusahalah dengan hati yang ikhlas, jika sahabat tidak menghargai diri kita, bertawakkallah & doakan dirinya. Hanya Allah yang akan memberi petunjuk dan pertolongan. Ujian kehidupan di dunia yang fana’ ini akan menapis teman-teman yg benar2 jujur terhadap diri kita <=

=> Wanita itu ibarat epal,
Epal yang buruk mudah gugur dan senang dikutip,
Sedangkan epal yang baik dan bernilai,tinggi tempatnya dan sukar tangan menggapainya,
Namun begitu epal itu risau kenapalah diriku belum dipetik,
Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah bumi,
Sedangkan Allah jadikan ia begitu tinggi martabatnya,
Sebenarnya epal itu terlalu tinggi sifatnya,
Sehingga tiada siapa yang berani memetiknya,
Melainkan lelaki yang benar-benar hebat sahaja yang berjaya memetiknya...
Wanita yang solehah yang akan menghiasi "RAUDHATUL JANNAH <=

AKHWAT SEJATI


AKHWAT SEJATI…Akhwat sejati bukanlah dilihat dari wajahnya yang manis dan menawan, tetapi dari kasih sayangnya pada karib kerabat dan orang di sekitarnya. Pantang baginya mengumbar aurat, dan mempamerkannya kepada siapapun, kecuali pada mahramnya. Dia senantiasa menguatkan iltizam dan azam-nya dalam ber-ghadul bashar dan menjaga kemuliaan diri, keluarga serta agamanya.

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lembut dan mempesona,tetapi dari lembut dan tegasnya tutur dalam mengatakan kebenaran. Dia yang senantiasa menjaga lisan dari ghibah dan namimah. Pantang baginya membuka aib saudaranya. Dia yang memahami dan merasakan betul bahwa Allah swt senantiasa mengawasi segala tindak-tanduknya.

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari liuk gemulainya kala ia berjalan, tetapi dari sikap bijaknya memahami keadaan dan persoalan-persoalan. Dia yang senantiasa bersikap tulus dalam membina persahabatan dengan siapapun, dimanapun dirinya berada. Tak ada perbendaharaan kata “cemburu buta” dalam kamus kehidupannya. Dia senantiasa merasa cukup dengan apa yang Allah swt anugerahkan untuknya, juga atas nafkah yang diberikan sang suami kepadanya. Takpernah menuntut apa-apa yang tidak ada kemampuan pada sang qowwam di tengah keluarga. Sabar adalah aura yang terpancar dari wajahnya. Sifat tawadhu’adalah pakaian yang senantiasa dia pakai sepanjang perguliran zaman.

Akhwat sejati bukanlah dilihat daribagaimana dia menghormati dan menyayangi orang-orang ditempat kerja (wajihahdakwah), tetapi dari tatacaranya menghormati dan menyayangi siapapun dan di manapun tanpa memandang status yang disandangnya. Dia yang dilihat menyejukkan mata dan meredupkan apiamarah. Baitii jannatii selalu berusahaia ciptakan dalam alur kehidupan rumahtangga. Totalitas dalam menyokong dakwahsuami dan berdarmabakti mengurus generasi penerus yang berjiwa Rabbani

Doa Taubat

Al-Fatihah

Sahabat




Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:


-Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;


-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

-Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu

-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

-Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

-Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

-Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan;

-Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

-Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hikmah dari setiap cubaan




1. Untuk memunculkan bentuk ibadah berupa doa, yang sebelumnya tidak pernah nampak.

Seseorang berkata: ”Maha Suci Dzat yang telah memunculkan doa hambaNya dengan cara memberinya cubaan.” Dalam sebuah atsar disebutkan bahawa Allah memberikan cubaan kepada seorang hambaNya yang soleh, lalu Allah berfirman kepada para malaikatNya:”Tujuannya adalah agar Aku medengar suaranya.”Maksudnya, doa dan permohonannya.


2. Untuk meredakan nafsu manusia yang cenderung melampaui batas.Allah berfirman:

Ketahuilah! Sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas.Ketika melihat dirinya merasa serba cukup. (Al-An’aam: 6-7)


3. Untuk membangkitkan kesedaran manusia untuk menyayangi dan mendoakan orang yang tertimpa musibah.

Sesungguhnya manusia mempunyai kecenderungan untuk bersimpati dan saling membantu ketika tertimpa musibah dan bencana.


4. Untuk menunjukkan adanya anugerah yang nilainya jauh lebih besar daripada musibah itu sendiri.

Kerana musibah yang menimpa seseorang jauh lebih kecil bila dibandingkan dengan besarnya nilai anugerah yang bakal diberikan kepadanya.Seseorang yang ditimpa musibah akan diberi ampunan atas dosa-dosanya dan kesalahannaya dan akan diberi pahala oleh Allah. Jika seorang hamba telah mengetahui bahawa semua hal yang telah disebutkan di atas adalah hikmah yang dapat dipetik dari adanya musibah, nescaya ia akan tenang, tenteram, tidak akan gelisah, dan tidak akan berputus asa tatkala mendapat musibah. ......sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (Az-Zumar : 10)



Dipetik dari buku La Tahzan ,Jangan bersedih setelah kesulitan pasti ada kemudahan karangan Dr 'Ayidh bin Abdullah Al-Qarni dan diterjemah oleh Noraine Abu.

Bidadari berwajah manusia

Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;

"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."

Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."


Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.
"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci.Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."
Adik masih x puas ati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."

Adik garu2 kepala.

"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri.

"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan...

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.

Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir.
Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa

memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHImengiringinya...tak

semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak."

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??
Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga?
Wallahu'alam.

Agar Kau Menjadi Wanita Cantik

Kecantikanmu bersinar melebihi terangnya mentari,
akhlakmu semerbak melebihi harumnya kasturi,
tawadhumu indah melebihi cahaya bulan purnama,
dan kasih sayangmu membawa ketenangan
melebihi curahan hujan.

Peliharalah kecantikanmu dengan keimanan, keridhaan, sifat qana ah,
sifat iffah (menjaga diri dan kehormatan) dan busana muslimah.
Ketahuilah, perhiasanmu bukan emas, perak dan berlian.
Tetapi, beberapa rakaat menjelang sahur, rasa dahaga di siang hari saat
puasa mencari ridha Allah, sedekah tersembunyi yang tidak diketahui,
kecuali oleh Allah, air mata hangat yang membasuh dosa, sujud panjang di
atas permaidani penghambaan kepada Allah, serta rasa malu kepada Allah
saat muncul kehendak jahat dan bisikan setan.

Kenakan pakaian takwa, tentu engkau menjadi wanita tercantik di dunia,
meski pakaian tertambal. Pakailah baju luar yang sopan, tentu engkau menjadi
wanita terindah di alam, meski engkau tidak beralas kaki. Jauhi kehidupan
wanita-wanita durjana, kafir, penggoda, membuka aurat, dan menjajakan kehormatannya kerana mereka semua adalah bahan bakar neraka Jahannam.
Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka. (Al-Lail:15)

Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.

Jika wanita sibuk disuruh belajar, apa salahnya lelaki pun sama??!

Zaman kejatuhan

Huhu...
Zaman kejatuhan ku...
Argghh tidak..
Katakana tidak kepada jerawat...
Tensen tul la..
Ni gambar bulan 5 hari tu,muka start berjerawat huhu..


ni part kat pipi ni..
huhu...


yang ni part kat dahi..
ish najis tul jerawat ni hehehe...